Hepatitis B 乙肝

“Hepatitis” bermaksud pembengkakkan dan radang pada hati.Ini adalah reaksi semulajadi badan terhadap kecederaan atau jangkitan. Contohnya, hepatitis boleh disebabkan oleh jangkitan contohnya, virus hepatitis C, atau dengan mengambil terlalu banyak alkohol. Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan hepatitis.

Apabila hepatitis itu disebabkan oleh virus, ia dipanggil viral hepatitis.

Virus-virus yang menyebabkan hepatitis termasuklah virus hepatitis A, B, C, D dan E.

Hepatitis B dipindahkan menerusi darah yang sudah dijangkiti, melalui seks dan perkongsian jarum. Ia juga boleh dipindahkan daripada ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya. Hepatitis B boleh jadi agak serius, tetapi terdapat vaksin juga yang boleh mencegahnya.

Cara jangkitan: Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj), pemindahan darah atau produk darah yang tercemar, hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar. Jangkitan juga boleh berlaku daripada ibu kepada bayi (semasa hamil) dan sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.

Tempoh pengeraman:
45 hingga 180 hari, purata 60 hingga 90 hari.

Tanda dan gejala

Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.

Komplikasi

Sirosis hati (kerosakan hati yang teruk hingga menyebabkan kematian sel-sel hati) dan/atau kanser hati.

Rawatan
Rawatan simptomatik: Berehat, lebihkan minum air dan gunakan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk melegakan demam.

Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV dan Ujian Penyakit Kelamin Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS dan Penyakit Kelamin, sila hubungi
TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY

SOURCE: "Life Loves the Liver Project", TREAT Asia and www.myhealth.gov.my