Mitos dan salah tanggapan tentang HIV







HIV bukanlah hukuman mati. Mitos dan salah tanggapan tentang HIV.
Watch Our Expert unfolding the Myths and Misunderstandings about HIV/AIDS? Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.


Melakukan ujian HIV adalah sangat penting kepada kesihatan, hubungan anda dengan orang lain, kehidupan dan masa hadapan anda. HIV boleh dicegah, dan anda boleh mengurangkan atau terus menghilangkan risiko anda. Dan pengesanan awal boleh membawa kepada rawatan awal dan hasil rawatan yang lebih baik. Kebanyakkan orang hidup lebih lama; menjalani kehidupan yang normal didahului dengan pengesanan awal dan penjagaan yang betul, disebabkan kemajuan Sains dan juga rawatan HIV yang sangat memberi kesan. 

Jika anda risau anda boleh mendapat HIV, lakukan ujian sekarang. Lebih awal anda didiagnoskan dengan HIV, lebih cerah peluang anda untuk kekal sihat dan menjalani jangka masa hidup yang normal. Melakukan ujian HIV bermakna, sekirannya anda didapati positif untuk HIV, anda boleh memulakan rawatan sebelum jangkitan menyebabkan kerosakkan yang lebih teruk kepada badan dan kesihatan anda. Perkara ini lebih dikenali sebagai ‘diagnosis awal’. Adalah penting untuk melakukan ujian kerana seseorang tanpa diagnosis HIV boleh nampak dan rasa sihat, akan tetapi jangkitan itu akan merosakkan kesihatan mereka lambat laun. Mereka juga boleh memberikan jangkitan tersebut kepada orang lain.

Mengapa diagnosis awal dan rawatan HIV sangat penting?
Sebaik sahaja HIV memasuki tubuh badan manusia, virus itu akan menjangkiti dan memusnahkan sel (dipanggil sel CD4) di dalam darah. Sel CD4 bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dan merupakan sel terpenting dalam sistem imun. Jika anda mengetahui yang anda ada HIV, doktor akan membuat ujian ke atas darah anda secara kerap untuk memantau sistem imun anda. Ujian ini akan mengukur jumlah sel CD4 dalam darah anda (kiraan CD4 anda), dan jumlah HIV yang ada dalam darah (viral load). Doktor akan tahu bila waktu yang paling baik untuk anda mulakan rawatan HIV, yang selalunya akan diberikan menerusi campuran tablet. Permulaan rawatan dapat membantu menaikkan kiraan CD4 dan mengurangkan viral load anda.

Mendapatkan ujian HIV
Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyai HIV ataupun tidak adalah dengan membuat ujian HIV. Anda mungkin akan merasa risau untuk membuat ujian, tetapi, sekiranya anda benar-banar ada HIV, lebih cepat anda tahu, keadaan akan jadi lebih baik. Kami menggalakkan semua orang yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti berisko untuk membuat ujian awal.
Pencegahan HIV –Anda boleh melindungi diri anda daripada terkena HIV dengan menggunakan kondom setiap kali anda melakukan seks faraj, dubur, dan oral. Cara ini juga boleh mengelak anda daripada memindahkan jangkitan tersebut sekiranya anda ada.

Nota penting tentang ‘Window Period’  sebelum membuat ujian: Jarak masa di antara masa seseorang dijangkiti HIV dan masa antibodi HIV dapat dikesan melalui ujian dipanggil ‘window period’. Hampir setiap orang yang dijangkiti HIV (99%) antibodinya  hanya akan dapat dikesan 3 bulan selepas jangkitan. Walaubagaimanapun, ujian antibodi yang digunakan pada masa kini adalah lebih sensitif berbanding ujian yang dilakukan dahulu. Kebanyakkan orang akan menghasilkan antibodi yang dapat dikesan dalam masa 30 hari selepas dijangkiti HIV. Oleh itu, anda boleh membuat ujian HIV sebulan selepas tarikh anda terlibat dengan aktiviti-aktiviti berisiko, kemudian sahkan status anda sekali lagi pada bulan ketiga.


INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS, sila hubungi TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY